- JBS Kelantan
- Hits: 144
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI KEMBALI MENERUSKAN LEGASI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
KUALA KRAI 23 JANUARI 2024 - Telah berlangsung Taklimat ringkas mengenai Anugerah remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Daerah Kuala Krai bertempat di Kolej Vokasional Kuala Krai, Kelantan dengan kehadiran seramai 280 orang pelajar termasuk pelajar diploma.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Syazana Safra Binti Md Sanusi, Pegawai Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai berkaitan dengan pelaksanaan dan pejalanan Anugerah Remaja Perdana bagi Peringkat Gangsa, Perak dan Emas bertujuan untuk menarik minat dikalangan peserta dan memberi pengiktirafan kepada belia yang melibatkan diri dalam program ini.
Turut Hadir sama Tuan Haji Ismail Bin Raja Kechik Pengarah Kolej Vokasional, Puan Rosnani Binti Hj. Abdullah Zawawi, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Semoga Program Anugerah Remaja Perdana ini mencapai objektif dan matlamat pihak Kementerian Belia dan Sukan serta mengukuhkan lagi hubungan antara pihak Kolej Vokasional Kuala Krai dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 144
