KOTA BHARU, 1 Februari 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Dragon Netball Club pada hari ini dalam usaha untuk menjalin hubungan strategik dengan pihak Jabatan.
Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam di Bilik Mesyuarat Aras 1 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini, Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) telah mengetuai team Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan berbincang mengenai halatuju dan pembangunan sukan bola jaring di Negeri Kelantan bersama dengan wakil kelab yang diketuai oleh Puan Noor Fadzlina binti Hamid selaku bendahari kelab tersebut.
Di akhir pertemuan, kedua pihak telah mencapai kata sepakat dalam banyak perkara berkaitan hal pembangunan sukan bolah jaring di peringkat akar umbi khasnya untuk golongan belia di Negeri Kelantan. Turut bersama di akhir sesi Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menyantuni delegasi kelab dan berharap hubungan yang terjalin ini dapat memperkayasa sukan ini di masa hadapan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 117
