TANAH MERAH , 14 JANUARI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah menerima kunjungan daripada wakil penggerak sukan snuker di Daerah Tanah Merah iaitu En Muhammad Irfan bin Muhammad Shatar pada 14 Januari 2024 ( Ahad ) bagi perbincangan untuk pembukaan pusat Latihan snuker di Daerah Tanah Merah.
Kunjungan ini telah disantuni dengan baik oleh Puan Fadhlira Bt Dungun ( Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah ) dan En Ahmad Ridhwan Bin Zazani ( Pem Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah ) . Perbincangan ini lebih menumpukan kepada tatakelola dan aspek – aspek yang perlu ada pada pusat Latihan tersebut selaras dengan akta sukan yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Disediakan oleh :
Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

- JBS Kelantan
- Hits: 199