- JBS Kelantan
- Hits: 237
KEJOHONAN PINGPONG 1000 LIGA SIRI 1 PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU SANGAT MERIAH
Objektif penganjuran Program 1000 Liga adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian kearah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
Mjalis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBrs Prof Madya Dr.Mohamad Saudi bin Che Rusuli, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK Pengkalan Chepa. Turut hadir En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Diharapkan program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 237
