Program Aktif@Sukan Luar Bandar yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli,Kelab Aerobik Panji dan juga Kelab Bola Sepak Bukit Jering berlangsung meriah di Kampung Bukit Jering, Jeli Kelantan. Lima acara sukan yang dilaksanakan serentak iaitu senamrobik,kejohanan futsal wanita,kejohanan bola sepak 9 sebelah,sepak takraw dan juga kejohanan bola tampar.
Majlis penyampaian hadiah dan perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama di dalam majlis penyampaian hadiah tersebut Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Pengalakan dan Kemajuan Sukan, Encik
Amreezal bin Abdul Kadir Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
serta Puan Hazmanita binti Che Hamid Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Jeli

- JBS Kelantan
- Hits: 215