21 JANUARI 2024 Majlis penyampaian hadiah dan makan malam Liga Bola Sepak Musim Boh Edisi 13 berlangsung meriah. Kejohanan bola sepak anjuran Kelab Bola Sepak Bukit Jering melibatkan 6 pasukan. Pertandingan bermula pada 2 Disember 2023 dan berakhir pada 19 Januari 2024 dijalankan secara liga satu pusingan. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan bagi Kelab Bola Sepak Bukit Jering yang dilaksanakan setiap kali menjelang banjir sebagai medan untuk memilih pemain bagi menyertai sebarang kejohanan yang akan datang.
Encik Mohamad bin Daud wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah dilantik sebagai Ketua Juri Pemilihan Pemain Terbaik dan seramai 25 pemain yang terlibat bertanding dalam mengejar gelaran Pemain Terbaik Kategori Belia, Pemain Terbaik Kategori Veteran dan Penjaga Gol Terbaik. Pasukan Masjid Mukim Ganer telah dinobatkan sebagai Juara setelah mengalahkan Pasukan Kilang Tapis di perlawanan akhir dengan jaringan 4-1.
Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Gelanggang Futsal Bukit Jering telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Zahari bin Khecik, Ahli Parlimen Jeli. Turut mengiringi Encik Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan En. Mohd Azdi bin Mohd Nasir, Pengerusi Kelab Bola Sepak Bukit Jering.
Berita Portal disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 154
