- JBS Kelantan
- Hits: 194
KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA KE PEJABAT PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN (ICU)
KOTA BHARU, 22 FEBRUARI 2024 – Satu kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri (ICU JPM) telah diadakan oleh Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama barisan pegawai Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) pada 21 Februari 2024 bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Tunjong.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan agenda-agenda pelaksanaan program di bawah portfolio Bahagian Pembangunan Belia bagi tahun 2024. Antaranya ialah pelaksanaan program Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan, Hari Belia Negara (HBN) dan Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM). Isu-isu berkaitan rakyat miskin tegar khususnya pembangunan ekonomi belia turut dikupas dan diperhalusi agar dapat menghasilkan sebuah titik persamaan bagi membantu golongan tersebut.
Disediakan oleh: Urus setia Portal, Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 194
