PASIR MAS, 18 FEBRUARI 2023 – Petanque antara sukan yang digemari dan semakin dikenali oleh komuniti Pasir Mas. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas bersama Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin telah menjayakan Program Klinik Asas Petanque kepada Pegawai dan Kakitangan Hospital Pasir Mas (HPM). Klinik Asas ini telah dilaksanakan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang bertempat di Gelanggang Petanque Hospital Pasir Mas.
Tenaga pengajar yang terlibat terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin yang merupakan pemain petanque yang mewakili SUKMA dan mewakili Kejohanan Dunia Kategori Remaja. Klinik Asas Petanque ini turut disertai oleh Doktor Wan NurFarihan binti Wan Yusof, Pegawai Perubatan HPM selaku Penyelaras UKKP Hospital Pasir Mas. Turut hadir Puan Siti Hassiah binti Hussin, mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan Encik Mohammad Raymi bin Ab. Razak, Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
+9
- JBS Kelantan
- Hits: 167