- JBS Kelantan
- Hits: 162
DUA ORANG PEGAWAI PBSD TUMPAT MENYERTAI KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2024
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai tatacara Perolehan Kerajaan menggunakan sistem ePerolehan yang merangkumi Modul Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender serta Pengurusan Kontrak.Tenaga Pengajar bagi kursus selama 2 hari ini ialah Encik Mohamad Zafri bin Zulkifli Amin, Pegawai Commerce Dot Com (CDC) Kelantan.
Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah hadir mewakili PBSD Tumpat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 162
