JELI 27 MAC 2024- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menerima kunjung hormat oleh 2 orang pemimpin tertinggi Kelab Belia Sepakat Kampung Belimbing, Jeli iaitu En. Muhammad Shahrul Hakim bin Mohd Azmi (Pengerusi) dan En.Nik Mohamad Sharif Helmi bin Nik Azemi (Setiausaha) persatuan. Kehadiran kedua pemimpin tersebut telah disambut mesra oleh kakitangan PBSD Jeli
Kunjungan tersebut tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan semakan dokumen (MYKD) yang wajib dihantar oleh mana-mana pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) setiap tahun. Dalam perjumpaan tersebut Puan Hazmanita binti Che Hamid (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli) telah memberikan kata-kata semangat dan nasihat supaya Kelab tersebut lebih aktif lagi dan sentiasa berhubung dengan PBSD Jeli dan agensi lain bagi mendapat input-input yang berguna berkaitan urusan pentadbiran Kelab supaya lebih berdaya maju dan menjadi contoh kepada pertubuhan yang lain.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 133
