MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

MACHANG, 6 JANUARI 2025 - Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan hari terakhir saudara Faris bin Zulkifli menjalani Latihan Industri (LI) di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang. Majlis ringkas ini diadakan di Restoran Wanpaku Coffee Machang yang turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, Puan Siti Azura binti Abdullah dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Saudara Faris bin Zulkifli merupakan seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dalam bidang Diploma Sains Sukan. Beliau telah menjalani latihan industri di sini bermula pada 14 Oktober 2024 sehingga 3 Januari 2025.

Semua warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menghabiskan tempoh latihan industri dengan jayanya

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search