PERKUKUH JARINGAN DAN PERMUDAH URUSAN NGO JADI SASARAN

PASIR PUTEH, 15 Januari 2025 – Mesyuarat Pengurusan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 12 Januari 2025 bagi menyampaikan amanat tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah dimaklumkan oleh beliau dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil 1/2025.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Beliau membentangkan hasil dapatan bagi bahagian pentadbiran, belia, sukan dan rakan muda. Beliau memaklumkan agar kakitangan PBSD Pasir Puteh dapat memperkukuhkan jaringan ukhwah dan sentiasa membantu mempermudahkan urusan persatuan dan kelab belia, sukan dan rakan muda di daerah ini.

Akhir kata, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua kakitangan PBSD Pasir Puteh di atas kejayaan menyempurnakan pelaksanaan semua program profail dan juga bukan profail sepanjang tahun 2024 lalu.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search