- JBS Kelantan
- Hits: 133
PERSIDANGAN KEPIMPINAN BELIA KELANTAN 2024 (PKBK’24)
- JBS Kelantan
- Hits: 133
2 Januari 2025, Kota Bharu - Persidangan Kepimpinan Belia Kelantan 2024 (PKBK’24) merupakan program yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Majlis Gabungan Belia Kelantan yang telah berlangsung pada 28 Disember 2024 bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian. Ianya merupakan satu siri latihan dan bengkel pendidikan demokrasi dan pidato yang menekankan nilai kepimpinan, demokrasi dan kenegaraan dalam kalangan kepimpinan belia Kelantan.
Persidangan ini telah disertai oleh 56 orang perwakilan terdiri daripada Majlis Gabungan Belia Negeri Kelantan Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kolej Teknologi Darul Naim, Politeknik Kota Bharu, Pertubuhan Belia Negeri dan Daerah serta, Perwakilan (terbuka).
Persidangan dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Naziah Binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut hadir Yang Berusaha Professor Dr Shaiful Bahari bin Ismail Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.