KELANTAN GOLF & COUNTRY CLUB (KGCC) CIPTA KERJASAMA BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, 5 Januari 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negri Kelantan (JBSNK) menerima kunjungan dari Kelantan Golf & Country Club (KGCC) Pengkalan Chepa pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNK.

Fokus utama kunjung hormat diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan pembangunan Sukan Golf di Negeri Kelantan. Disamping itu juga turut dibincangkan ruang dan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Lawatan ini telah diketuai oleh Dato’ Zahri bin Ismail, Presiden (KGCC), Encik Phoo Sai Peng, Naib Presiden (KGCC), Encik Hazwan bin Hassan, Setiausaha Kehormat (KGCC), Encik Mohammad Amir Bakhtiar bin Yusoff Bendahari Kehormat (KGCC) dan Puan Marhazlina binti Ab.Hadi Setiausaha Eksekutif (KGCC). Dato’ Zahri memaklumkan KGCC mempunyai pelbagai fasiliti sukan selain padang golf iaitu kolam renang dan gelanggang squash. KGCC mengalukan - ngalukan penggiat sukan serta agensi Kerajaan dan swasta melaksanakan program sukan di fasiliti mereka.

Sesi kunjungan itu telah diPengerusikan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK. Pengarah memaklumkan Permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan (GPS) sudah dibuka. Persatuan, Kelab serta Syarikat boleh memohon tertakluk kepada terma dan syarat. Hadir sama dalam sesi tersebut adalah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan, serta Encik Mazlan bin Ariffin, Pegawai Pembangunan Potensi JBSN Kelantan.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search