- JBS Kelantan
- Hits: 85
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SUKAN MOTORCROSS TAHUN 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 85
Pasir Mas, 5 Januari 2025 - Lawatan tapak bagi pelaksanaan program serta perbincangan berkaitan program bagi tahun 2025 telah diadakan di Kampung Padang Hangus dan Kampung Kangkong, Pasir Mas.
Lawatan diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) bertujuan untuk meninjau tapak pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan pada awal bulan Februari 2025.
Turut hadir bersama dalam sesi lawatan ini YB Hj Zuraidin bin Abdullah, Penasihat Persatuan Motorcross Pasir Mas, Kelab Belia Pak Husein, Padang Hangus Motorcross Club serta Puan Ainaa Diyyana binti Mokhtar, Pegawai Pembangunan Rekreaksi dan Puan Siti Hassiah binti Hussin, Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan (II)
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.