PESERTA ARPRM SMK JELI TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN TAHAP GANGSA

JELI, 6 Januari 2025- Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa bagi tahun 2024 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli telah berlangsung pada 5 Januari 2025, bertempat di Bilik Wawasan sekolah berkenaan.

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah sebuah program pengiktirafan oleh pihak kerajaan yang bertaraf antarabangsa. Program ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 14 hingga 25 tahun tanpa mengira agama, jantina, bangsa, ketidakupayaan fizikal mahupun fahaman politik. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 1956 di United kingdom dengan nama The Duke Of Edinburgh’s Award. Seramai 24 orang peserta dari sekolah berkenaan telah memenuhi kretiria anugerah ini dan layak dianugerahkan pencapaian Tahap Gangsa pada bagi tahun 2024 setelah berjaya melengkapkan 4 komponen asas yang telah ditetapkan.

Penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jeli, turut hadir dalam majlis tersebut Yang Berusaha Puan Hajah Normala binti Mat Hassan, selaku Pengetua dan Yang Berusaha Puan Norhazalita binti Mamat selaku Penolong Kanan Ko Kurikulum sekolah berkenaan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Jeli

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search