MESYUARAT AGUNG KHAS KELAB BELIA GENERASI PENGGERAK UMMAH MASJID ISMAIL PETRA TANAH MERAH

Tanah Merah, 12 Januari 2025 - Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Masjid Ismail Petra Tanah Merah telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi membincangkan beberapa agenda penting. Mesyuarat yang berlangsung pada 10 Januari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dihadiri oleh ahli-ahli kelab dan beberapa wakil dari pihak berkuasa tempatan.

Agenda utama mesyuarat kali ini adalah untuk menukar nama kelab dan membuat perubahan dalam jawatankuasa. Keputusan untuk menukar nama kelab ini diambil bagi mencerminkan visi dan misi yang lebih jelas serta relevan dengan matlamat kelab.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Ahmad Ridhwan bin Zazani yang mewakili En. Wan Abdul Rahman bin Hj. Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Kehadiran beliau amat dihargai kerana memberikan sokongan dan pandangan yang berharga dalam memastikan kelab ini terus bergerak maju.
Selain daripada agenda utama, mesyuarat juga membincangkan pelbagai aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Diharapkan dengan perubahan ini, Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah dapat terus berperanan aktif dalam membina generasi muda yang berakhlak mulia dan berwawasan.

Disediakan oleh :
Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search