PERBINCANGAN PENGANJURAN KEJOHANAN PETANQUE BAWAH 12 TAHUN DAERAH TANAH MERAH

Tanah Merah, 7 Januari 2024 - Satu perbincangan penting telah berlangsung antara Kelab Petanque Meera Huni dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah untuk mengadakan Kejohanan Petanque Bawah 12 Tahun. Perbincangan ini diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan tujuan untuk merancang kejohanan yang lebih lancar dan berkesan.

Kejohanan ini dijadualkan pada 11 Januari 2024 (Sabtu) dan bertujuan menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam sukan petanque serta memupuk semangat kesukanan di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan generasi muda.
Presiden Kelab Petanque Meera Huni, Pn Zaiton Bin Mohd Zain, menyatakan bahawa kerjasama ini adalah satu langkah proaktif untuk memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau berharap agar kejohanan ini dapat menerima sokongan yang padu daripada komuniti setempat.

En Ismafardi Bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, menyatakan komitmen penuh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dalam menyokong program-program sukan yang memberi manfaat kepada golongan muda. "Sukan adalah platform terbaik untuk membentuk sahsiah dan disiplin diri. Kami percaya, kejohanan ini mampu melahirkan lebih ramai atlet muda yang berpotensi," katanya. Kejohanan Petanque Bawah 12 Tahun ini dijangka menarik penyertaan yang memberangsangkan dari seluruh daerah Tanah Merah.
Disediakan oleh :

Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search