KOTA BHARU, 5 NOV 2023 – Kejohanan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Kota Bharu anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah diadakan di Dewan Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Daerah Panji, Kota Bharu.
Kejohanan Dart ini bermula jam 8.00 pagi dengan melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada para belia di Daerah kota Bharu. Program 1000 liga ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Kejohanan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Kota Bharu ini melibatkan dua (2) siri,dimana ianya berlangsung selam dua (2) hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Kesungguhan peserta dalam mempamerkan aksi yang cukup hebat dan bertenaga untuk merebut gellaran Juara. Johan akan membawa pulang hadiah berupa wang berjumlah RM 150.00, tempat kedua RM 100.00 manakala tempat ketiga dan keem pat masing-masing membawa pulang RM 50.00 bagi dua (2) kategori tersebut.
En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah hadir menyaksikan pertandingan akhir Kejohanan Dart 1000 Liga serta turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir Pn.Nor Farhana Bt Che Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

- JBS Kelantan
- Hits: 187