Telah berlangsung Program Inspire iTrain Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 pada 8 Disember 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Inspire iTalent yang dijalankan pada bulan Jun yang lalu. Seramai 15 orang peserta telah layak secara merit dalam ujian kecergasan yang telah dijalankan. Bakat-bakat baru ini telah ditempatkan bersama-sama atlet-atlet Para Negeri Kelantan dan berlatih dibawah kendalian Jurulatih bertauliah. Bakat-bakat baru ini didedahkan dengan kaedah latihan yang betul bagi memastikan latihan yang dijalankan dapat meningkatkan prestasi secara optimum dan mengurangkan risiko kecederaan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK

- JBS Kelantan
- Hits: 153