KUALA LUMPUR, 15 NOV. 2023 - Satu kunjung hormat kepada YBrs. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa atau lebih dikenali International Youth Center (IYC) Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung pada pagi ini bertempat di pejabat beliau.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan idea-idea berkaitan strategi pengantarabangsaan belia Kelantan. Hasil pertemuan itu tadi, pelbagai percambahan idea dan nasihat kepakaran daripada YBrs. Dr. Maliki dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam usaha membangunkan potensi belia melalui Y-Hub Kelantan. Kunjungan ini bersempena dengan Bengkel Pengukuhan Peranan Pekerja Belia di Y-Hub yang berlangsung disini bermula pada 15 November hingga 17 November 2023.
Sesi kunjungan ini telah dihadiri oleh Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Puan Nur Amysiah binti Yusof, Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus setia Portal, Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 178
