PASIR PUTEH, 29 OKTOBER 2023 – Program W-Fit @ Community Peringkat Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Ruang Medan Selera Tingkat 1 Plaza MARA Pasir Puteh. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sri Nara Pasir Puteh.
Objektif program ini adalah mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan wanita (feel good factor) untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti kecergasan serta menyemai budaya hidup aktif di kalangan wanita dalam kehidupan seharian.
Pengisian bagi program ini adalah aktiviti senamrobik yang diketuai oleh instruktur Pn. Wan Norzeila binti Wan Hassan, KBSi @ Zin Zeila dan Taklimat Keselamatan daripada Majllis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan juga Cabutan Bertuah.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 154
