- JBS Kelantan
- Hits: 231
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH KOTA BHARU
KOTA BHARU, 22 Oktober 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Bharu yang diketuai oleh YBrs.Pn Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Turut hadir En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Muhamad Adam Haikal Bin Nor Azman,pelajar praktikal dan Mohammad Sharul Iman Bin Saebon, Pengerusi Kelab Belia Minda.
Pada pertemuan kali pertama dengan Encik Mohamad Bin C'Ismail, Pegawai AADK Daerah Kota Bharu, ini membincangkan berkenaan dengan program-program yang akan berkolaborasi bersama khususnya di Daerah Kota Bharu, turut hadir sama Encik Mazri bin Mohamed, Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Kota Bharu .
Pn.Nurul Asmad binti Che Harun memaklumkan Program Intervensi Sosial, Youth to Youth akan dilaksanakan pada 25 Oktober 2023 bertempat di SMK Ketereh, Kota Bharu, dan mengharapkan kerjasama daripada pihak AADK untuk bersama dalam program tersebut untuk memberi taklimat berkaitan penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar.
Diharapkan kerjasama erat antara Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Bharu dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dapat diteruskan dan diperluaskan lagi ke peringkat Komuniti Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 231
