Pasir Mas, 21 Disember 2023 - Telah berlangsung Program Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Pasca Bencana bertempat di Rumah Kebajikan Anak Yatim & Dhuafa' Baitu Ruhana. Program ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bahagian Pembangunan Rakan Muda dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.
Program ni bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dikalangan belia dan anak muda. Disamping itu, untuk mewujudkan kesedaran, menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dari semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda dan menzahirkan rasa prihatin serta tanggungjawab golongan muda terhadap keadaan sekeliling dan juga alam sekitar.
Seramai 50 telah terlibat dalam menjayakan program ini yang terdiri daripada anak- anak rumah kebajikan dan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa dan Perak. Antara aktiviti sepanjang program ini berlangsung adalah membersih kawasan dan mengecat rumah anak yatim. Peserta yang terlibat dalam program ini akan mendapat pelbagai manfaat darisegi rohani dan jasmani sekaligus dapat melengkapkan Komponen Khidmat Masyarakat. Encik Aris bin Awang, Pegawai Belia dan Sukan Daeraah Pasir Mas bersama kakitangan telah hadir sepanjang program ini berlangsung.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

- JBS Kelantan
- Hits: 205