KELANTAN 10 November 2023 - "Seronok sangat dengan kelas hari ini, Cikgu yang mengajar sporting. Pihak penganjur pun supportive", Natasya Zainon Abidi, 23 tahun. "Kelas menyeronokkan, tidak stress belajar, harap KBS dapat laksana lagi program sebegini", Nur Hanis Suraya Azman, 29 tahun. "Penerangan dari MUA Fatin Wan jelas dan mudah difahami, terima kasih atas ilmu yg dicurahkan sepanjang program ini. Moga bermanfaat untuk diri sendiri dan dapat memupuk semangat untuk ke peringkat seterusnya", Rafe'ah Darawi, 32 tahun. Itulah sebahagian dari komen dan maklum balas dari kalangan peserta yang menyertai Program Youth Upskill Y-Hub Peringkat Negeri Kelantan - MakeUp Artist bertempat di Y-Hub Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 9 November 2023.
Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung serentak dengan penutupan program Rakan Muda Mypreneur dan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Muhammad Ruzaini Aiman bin Mohd Ruzlan, Pengerusi Kelab Belia Tunjung, Puan Wan Fatin Nurnasuha binti Wan Basri, Tenaga Pengajar Make-Up Artist dan Encik Wan Mohd Azizul Solehin bin Wan Mohd Yusoff, Freelance Trainer In Digital Marketing.
Disediakan oleh: Urus setia Portal, Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

- JBS Kelantan
- Hits: 227