- JBS Kelantan
- Hits: 157
KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL 1000 LIGA (SIRI 2) KATEGORI REMAJA DAN CILIK PERINGKAT DAERAH PASIR MAS
Objektif penganjuran Program 1000 Liga adalah untuk menggalakkan masyarakat bergiat aktif dan cergas dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing.
Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan cilik telah menyertai kejohanan ini. Johan bagi Kategori Remaja telah dimenangi oleh Naqeeb Zafrul bin Zuhan membawa pulang wang tunai RM75.00 bersama sijil penyertaan manakala Naib Johan dimenangi Asma' Humaira' binti Mohd Faizul menerima wang tunai RM50.00 bersama sijil penyertaan dan tempat ketiga bersama menerima RM25.00 bersama sijil penyertaan telah dimenangi oleh Ammar Aminin bin Mohd Nasir dan Mohd Afnan bin Amran.
Manakala bagi Kategori Cilik, Johan telah dimenangi oleh Abdul Fattah bin Abdul Malek dan membawa pulang wang tunai RM75.00 bersama sijil penyertaan manakala Naib Johan dimenangi Mohamad Ramadan bin Mohd Hanafi menerima wang tunai RM50.00 bersama sijil penyertaan dan tempat ketiga bersama menerima RM25.00 bersama sijil penyertaan telah dimenangi oleh Awfa Faeqah Nuha binti Rozalmi dan Nik Qurratu Ain binti Nik Abdul Muhaimin.
Disediakan Oleh :
UrusSetia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 157
