- JBS Kelantan
- Hits: 168
PROGRAM BIG SCREEN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023: PESTA BOLA MERDEKA, MALAYSIA VS INDIA
Kelantan, 22 Oktober 2023 - Program Skrin Besar bertujuan untuk memberi peluang kepada penyokong pasukan Malaysia menonton secara langsung bersama komuniti setempat dan menambah nilai jalinan komunikasi di antara masyarakat melalui aktiviti sampingan program sukan yang berbentuk santai.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah melaksanakan Program Big Screen Peringkat Negeri Kelantan 2023 : Pesta Bola Merdeka, Malaysia vs India pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) bertempat Taman Etnobotani, Gua Musang, Kelantan.
Hadir memeriahkan program Big Screen pada malam ini YB Mohd Syahbuddin bin Hashim Adun Galas, En Mohd Saipuddin bin Zakaria Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir sama En Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah Sukan JBSNK, Sopuddin bin Yussof Penggawa Daerah Galas serta En Shahabuddin bin Deraman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Program ini dilihat dapat mengumpul masyarakat berbilang kaum dan dapat memperkukuhkan perpaduan serta tanda sokongan kepada atlet untuk mencapai kejayaan.
Program ini dilihat dapat mengumpul masyarakat berbilang kaum dan dapat memperkukuhkan perpaduan serta tanda sokongan kepada atlet untuk mencapai kejayaan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal, Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK,
- JBS Kelantan
- Hits: 168
