- JBS Kelantan
- Hits: 240
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL 3/2023
Majlis ini dimulai dengan amanat oleh YBrs Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan En. Mohd Saipuddin bin Zakaria. Dalam amanatnya, YBrs Tuan Pengarah mengingatkan semua Pegawai dan Kakitangan supaya setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan oleh Allah. YBrs Tuan Pengarah berpesan agar semua pegawai dan kakitangan berada dalam satu pasukan yang kuat dan tidak berpuak-puak. Beliau juga memaklumkan bahawa semua perancangan bagi pelaksanaan program mestilah dilaksanakan dengan teratur.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran JBSNK.
- JBS Kelantan
- Hits: 240
