KOTA BHARU, 22 Oktober 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah mengadakan Kunjung Hormat ke YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam yang diketuai oleh YBrs.Pn Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Turut hadir En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Pn.Nor Farhana bt Che Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Pn.Emi Zurina bt Ab.Aziz,Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Pertemuan pada kali ini turut membincangkan berkenaan dengan program-program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang dan mengharapkan kerjasama erat antara MPKB dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dapat diteruskan dan diperluaskan lagi ke peringkat Komuniti Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
KOTA BHARU, 22 Oktober 2023 (Sabtu) – Terima Kasih kepada lebih 2000 warga Kota Bharu yang telah hadir ke perasmian Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Kota Bharu di Mydin Mall Tunjong .Hari Sukan Negara (HSN2023) Peringkat Daerah Kota Bharu tahun ini disambut dengan penganjuran sukan di beberapa lokasi pertandingan yang dijalankan bersama rakan strategik PBSD Kota Bharu iaitu Kelab Sepak Takraw Che Arus.
Perasmian Hari Sukan Negara (HSN2023) Peringkat Daerah Kota Bharu telah diadakan di Mydin Mall Tunjong dan dirasmikan oleh YBrs. En Wan Mohd Nasir bin Wan Omar, Timbalan Ketua Jajahan Kota Bharu.
Turut hadir dalam Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kota Bharu ialah Pn.Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, YB Dr.Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama, YB Shaari Mat Yaman, ADUN Bunut Payong , Pn.Roszaliza Mat Nawi, Pengurus Kawasan Mydin Hypermarket Tunjong, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan serta Barisan Kepimpinan Persatuan Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Pelbagai acara menarik yang dianjurkan antaranya Fun Run 7km, Chair Aerobik, Street Soccer, Shooter Netball, Pertandingan Mobile Legend, Pertandingan Boules Bocce,Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak bersama Adabi, Pameran- pameran daripada pelbagai agensi dan banyak lagi.
Program ini merupakan salah satu usaha yang diperkenalkan oelh Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik yang bersama-sama dalam penganjuran pada kali ini bagi menjayakan program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kota Bharu 2023.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
KOTA BHARU, 22 Oktober 2023 – Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw, Terbuka Che Arus, bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Che Arus yang disertai 24 buah pasukan dari pelbagai daerah di sekitar Negeri Kelantan.
Pasukan Ese Motor (A) telah muncul Johan dengan menewaskan Pasukan dari Keloh Merah (A), manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Tanah Merah (A) dan pasukan TNB. Selain memperolehi medal dan sijil penyertaan, pasukan yang muncul Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga juga membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,000.00, RM700 dan RM 300.00.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybrs.Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu diiringi oleh En. Rosman bin Abd. Kadir, Pengerusi Sepak Takraw Che Arus, Kota Bharu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang menyertai dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
JELI, 22 Oktober 2023 - Program Hari Sukan Negara 2023 merupakan salah satu agenda kerajaan bagi merealilasikan Visi Sukan Negara untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli bagi tahun ini telah disambut dengan meriah bermula jam 8.00 pagi bertempat di Univesiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Seramai 1521 orang telah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sempena sambutan tersebut seperti Senamrobik, Fun Walk, acara Sukaneka, acara Mari Mencuba, Liga Penalti Bolasepak,dan cabutan nombor bertuah.
Acara perasmian telah disempunakan oleh Yang Berusaha En.Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh Ketua Jajahan Jeli dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Profesor Dr Aweng a/l Eh Rak, Pengarah UMK Kampus Jeli, Yang Setia Supertenden Saari Bin Yaacob, Ketua Polis Daerah Jeli, Puan Hazmanita Binti Che Hamid, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jeli, Ketua-ketua dan wakil Jabatan di Daerah Jeli.
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga kerja PBSD Jeli, UMK Kampus Jeli serta rakan strategik Ngo yang telah menjayakan program pagi ini, semoga kerjasama seumpama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.
TUMPAT, 22 OKTOBER 2023 -Sambutan kemuncak Hari Sukan Negara (HSN) daerah Tumpat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat disambut dengan meriah sekali dengan kehadiran seramai 2,110 orang menyertai aktiviti-aktiviti sukan pada 14 Oktober 2023 bertempat di Pantai Geting dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat. Pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur telah dirangka dan berjaya diadakan dengan keterlibatan semua lapisan masyarakat setempat bagi memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas.
Pelepasan bagi program ikonik HSN2023 iaitu Fun Ride, Fun Run dan Fun Walk telah berlangsung di Pantai Geting bermula jam 8.00 pagi melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah di sekitar daerah Tumpat. Kelibat empat ekor kuda yang menyertai Fun Walk turut memeriahkan program ikonik HSN2023 Tumpat ini.
Program diteruskan lagi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat dengan Demontrasi Seni Bela Diri, Senamrobik Wanita, Tree Climbing Expert Course, Pertandingan Memanah Tradisional, Petanque, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Penalti 3 On 3 dan Sepak Penalti.
Sempena HSN2023 ini juga turut diadakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun yang mendapat sambutan menggalakan iaitu dengan 15 penyertaan pasukan dari seluruh daerah negeri Kelantan. Majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Arifah Ilyana binti Abdul Rahman, Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat. Penyertaan keseluruhan bagi HSN2023 daerah Tumpat seramai 21,143 orang melibatkan aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta, NGO’S belia dan sukan, masyarakat setempat dan individu selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 Oktober 2023.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YABrs Ketua Jajahan selaku Pengerusi HSN2023 Tumpat, ketua-ketua jabatan yang hadir dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tumpat pada tahun ini. Semoga sambutan seperti ini menjadi pemangkin kepada revolusi orang muda dalam Sukan Untuk Semua.
PASIR MAS, 22 OKTOBER 2023 – Hari Sukan Negara (HSN) 2023 Peringkat Daerah Pasir Mas telah dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) dengan penuh kemeriahan dan gilang-gemilang. HSN 2023 Peringkat Daerah Pasir Mas merupakan program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas dan Kelab Rekreasi padang To’ La telah diadakan bertempat di Dataran Apam Putra Bandar Baru Pasir Mas. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Hazmi bin Abdul Hamid, Ketua Jajahan Pasir Mas.
Hari Sukan Negara diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang telah dilaksanakan serentak di seluruh negara, bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ia sebagai satu gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Sepanjang Program HSN 2023 Peringkat Daerah Pasir Mas berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya adalah acara pelepasan Fun Walk yang telah disempurnakan oleh Supt. Tuan Nik Aminnudin bin Raja Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas manakala acara lain seperti Senam Cergas, Kejohanan dan Mari Mencuba Sukan Bocce, Netball Shootout, Mobile Lagend, Mari Mencuba Dam Ular Gergasi, Mari Mencuba Sepakan Panelti Street Soccer, Sukaneka (5 Acara) dan kemuncaknya adalah acara Tarik Tali. Cabutan Bertuah turut disediakan kepada semua pengunjung yang hadir.
Manakala terdapat beberapa acara lain yang turut berlangsung sepanjang HSN 2023 antaranya adalah Kejohanan Badminton anjuran bersama Kelab Badminton Rimbunan yang telah diadakan bertempat di Dewan Badminton Cikgu Nik, Pasir Mas dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka anjuran bersama Persatuan Komuniti Sejahtera Repek (PKS Repek) bertempat di Padang Bola Sepak Kampung Repek, Pasir Mas. Keseluruhan penyertaan Majlis Perasmian Sambutan HSN 2023 Peringkat Daerah Pasir Mas adalah seramai 3250 orang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Majlis Daerah Pasir Mas, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Majlis Belia Daerah Pasir Mas, Mayc Kawasan Pasir Mas, Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin dan pelbagai agensi lain serta NGO’S yang terlibat menjayakan HSN 2023 Peringkat Daerah Pasir Mas.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
PASIR PUTEH, 22 OKTOBER 2023 – Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda@Uji Minda Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh. Program ini melibatkan golongan belia dari usia 15 sehingga 30 tahun seramai 50 orang.
Dua orang sukarelawan yang mahir membuat rakaman video mengggunakan telefon bimbit, mempunyai akaun Instagram dan Tiktok serta aktif dalam media sosial telah ditugaskan untuk mengenal pasti belia-belia menjawab soalan berkaitan sejarah Rasulullah SAW, para sahabat baginda, asas ilmu tauhid, asas fardu ain dan asas fardu kifayah.
Program ini bertujuan membina keyakinan diri golongan belia untuk mencuba perkara luar daripada kebiasaan mereka, menguji minda dan tahap pengetahuan anak – anak muda masa kini dan menggalakkan penyediaan konten yang membina untuk siaran media sosial.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 22 OKTOBER 2023 – Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh disambut meriah oleh warga Pasir Puteh daripada pelbagai peringkat umur. HSN adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dan Kelab Bola Sepak Sri Nara Pasir Puteh.
Hari Sukan Negara (HSN) di sambut pada 13 Oktober hingga 15 Oktober 2023. Sambutan kemuncak pada 14 Oktober 2023 secara serentak di seluruh negara. Antara objektif HSN 2023 ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dalam aspek kehidupan seharian sekaligus mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
Majlis Perasmian HSN Daerah Pasir Puteh telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Pasir Puteh. Beliau juga bersama-sama menyertai aktiviti Senamcergas dan Fun Walk sejauh 2 km. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan adalah Fun Ride, Acara Mencuba Memanah, Netball Shoot Up, Sepak Penalti Bola Sepak dan Cabutan Bertuah.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Taman Etnobotani, Gua Musang, Kelantan
Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Pelbagai program dan aktiviti berlangsung antaranya Rakan Bumi : Aktiviti Tanam Pokok sempena HSN 2023, Aktiviti Sukan dan Rekreasi, Pameran/Jualan dan banyak lagi.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En Mohd Saipuddin bin Zakaria.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNK