KOTA BHARU, 22 Oktober 2023 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Kota Bharu Siri 27 dan 28 telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2023 bertempat di Dewan Serbaguna PPR, Kota Bharu. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Senamrobik Komuniti (KESKOM). Seramai 42 orang telah mengikuti aktiviti ini yang dikendalikan oleh Pengerak Kecergasan Puan Wanida Sadee (KBSi Dada) Program ini bermula pada bulan Jun hingga Oktober 2023 sebanyak 30 sesi.
Program ini bertujuan untuk memberi galakkan secara berterusan kepada belia dan masyarakat setempat di kawasan PPR Kota Bharu khususnya untuk mengamalkan gaya hidup aktif melalui aktiviti sukan dan kecergasan.
Program Malaysia aktif @ Komuniti sebagai salah satu agenda kerajaan yang bertujuan membudayakan rakyat Malaysia dengan budaya cara hidup sihat dan memupuk semangat kerjasama dan toleransi terutamanya di kawasan PPR Kota Bharu. Turut hadir pada program ini Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 189
