PASIR PUTEH, 20 Oktober 2023 – En. Azhar bin Saleh, PK HEM SMK Sg. Petai Pasir Puteh telah menyerahkan borang penyertaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada En. Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Puteh. Seramai 150 orang pelajar daripada tingkatan 2,3,4 dan 5 akan menyertai program ARPRM bagi tahun ini.
Kesemua 150 orang peserta akan menyertai ARPRM Tahap gangsa di mana mereka perlu melengkapkan empat (4) komponen yang wajib bagi melayakkan mereka untuk menerima anugerah pada tahap yang disertai. Komponen yang perlu dilengkapkan adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Sebagai tambahan, peserta pada Tahap Emas hendaklah melaksanakan Projek Penempatan.
Semasa perjumpaan tersebut, pejabat ini dan sekolah turut membincangkan program-program Belia, Sukan dan Rakan Muda yang boleh dijalankan secara kerjasama dengan SMK Sg. Petai. En. Mohd Jurik bin Ismail, Pen.Peg. Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh hadir sama semasa perjumpaan tersebut.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 168
