5 November 2023; Majlis Perasmian Pembukaan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2023 telah dirasmikan oleh YB Adam Adli bin Abd Halim Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Majlis Perasmian turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara En Abd Aziz bin Abd Rahman. Kontinjen Kelantan diketuai oleh En Mohd Saipuddin bin Zakaria Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
PASIR PUTEH, 05 NOVEMBER 2023 – Program 1000 Liga Peringkat Daerah Pasir Puteh Tahun 2023 bagi Kejohananan Memanah Tradisional Siri 1 telah dilaksanakan pada 03 November 2023 (Jumaat) bertempat di Padang Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Bagi Kejohanan Catur dan Badmintom Siri 1 telah dilaksanakan Pada 04 November 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan SMK Kamil 1 dan Gelanggang Badminton Changgai Gaal, Pasir Puteh. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan Kelab Bola Sepak Sri Nara Pasir Puteh.
Program 1000 liga ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan. En. Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
4 November 2023; Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Inspire Eksplorasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 bertempat di Stong Heritage Eco Resort, Dabong, Kuala Krai pada 2 - 4 November 2023. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan ini disertai seramai 30 orang peserta dari golongan orang kurang upaya dan belia-belia dari Negeri Kelantan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Rosnani binti Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan diiringi Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
BACHOK, 31 OKTOBER 2023 – Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahun 2023 Siri 4 telah diadakan pada 26 Oktober 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok. Program ini dianjurkan secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Bachok.
Aktiviti berbentuk gotong-royong membersih kawasan sekitar. Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang prihatin dan mempunyai nilai-nilai tinggi serta peka dengan keadaan sekeliling.
Penglibatan belia dalam menjayakan aktiviti ini adalah seramai 90 orang pelajar/belia dan beliawanis Tingkatan Enam. Turut hadir sama adalah En. Azrol bin Wan Idris selaku Penolong Pemimpin Pengakap Kelana Laut, Bachok dan Puan Hazalina bt. Ibrahim, Guru Kokurikulum Tingkatan Enam SMK. Bachok . Hadir sama juga Encik Noorzihan bin Jusoh,dan Encik Abdul Aziz bin Noor.
Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah yang merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalinkan ikatan silaturahim. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
KOTA BHARU, 31 Oktober 2023 – Kejohanan Silat Olahraga 1000 Liga Siri 1 Peringkat Daerah Kota Bharu anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Persatuan Silat Negeri Kelantan (PESAKA) telah diadakan di Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Telipot Kota Bharu.
Kejohanan Silat Olahraga ini bermula jam 8.00 pagi dengan melibatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada para belia di Daerah kota Bharu. Program 1000 liga ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Kejohanan Silat Olaharaga 1000 Liga Peringkat Daerah Kota Bharu ini melibatkan dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Kesungguhan peserta dalam mempamerkan aksi yang cukup hebat dan bertenaga untuk merebut gelaran Juara. Turut dipilih dalam acara silat 1000 liga pada kali ini adalah Pesilat Putera Terbaik dan Pesilat Puteri Terbaik.
Ybrs.Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dan En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah hadir menyaksikan pertandingan akhir Kejohanan Silat Olahraga 1000 Liga serta turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
KOTA BHARU, 31 Oktober 2023 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Kota Bharu Siri 29 dan 30 telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2023 bertempat di Dewan Serbaguna PPR, Kota Bharu. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Senamrobik Komuniti (KESKOM). Seramai 30 orang telah mengikuti aktiviti ini yang dikendalikan oleh Pengerak Kecergasan Puan Roziah bt Ali. Program ini bermula pada bulan Jun hingga Oktober 2023 sebanyak 30 sesi.
Program ini bertujuan untuk memberi galakkan secara berterusan kepada belia dan masyarakat setempat di kawasan PPR Kota Bharu khususnya untuk mengamalkan gaya hidup aktif melalui aktiviti sukan dan kecergasan.
Program Malaysia aktif @ Komuniti sebagai salah satu agenda kerajaan yang bertujuan membudayakan rakyat Malaysia dengan budaya cara hidup sihat dan memupuk semangat kerjasama dan toleransi terutamanya di kawasan PPR Kota Bharu. Turut hadir pada program ini Ybrs.Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
TUMPAT, 31 OKTOBER 2023 - Penyertaan bagi Program 1000 Liga ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk menyertai jenis sukan yang dipertandingkan tidak kira umur dan gender serta merangkumi semua golongan dari kanak-kanak, belia, orang dewasa, warga emas dan orang kurang upaya.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat telah menganjurkan Kejohanan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2023 Siri 2 (Lelaki) pada 28 Oktober 2023 bertempat di Dewan Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu. Kejohanan ini melibatkan peserta lelaki sahaja dan peserta yang baru berjinak dengan sukan dart.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan sukan dart di Daerah Tumpat dan mengimarahkan Dewan Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu sebagai Pusat aktiviti belia dan sukan di Daerah Tumpat.
Johan telah menjadi milik Muhammad Airiel Naufal bin Azizie. Walaupun baru berusia 13 tahun, beliau tetap bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk bertanding dalam kejohanan ini. Beliau telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100.00. Manakala Naib Johan disandang oleh Encik Erwan bin Arifin yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM70.00, Tempat Ketiga dan Ketiga Bersama masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50.00 dan Saguhati Tempat Kelima hingga Ke Lapan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20.00.
Encik Sabari Bin Rashid, Penggawa Daerah Wakaf Bharu turut hadir sepanjang program ini berlangsung dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
TUMPAT, 31 OKTOBER 2023 - Kejohanan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2023 Siri 1 (Wanita) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Oktober 2023 bertempat di Dewan Pejabat Penggawa Daerah Wakaf Bharu. Kejohanan ini terbuka kepada kaum wanita dan julung kali diadakan serta mendapat sambutan yang menggalakkan disertai peserta wanita sekitar daerah Tumpat.
Kejohanan dart merupakan salah satu jenis sukan individu yang dipertandingkan dalam 1000 Liga Peringkat Daerah Tumpat. Masing-masing mempamerkan kesungguhan untuk merebut gelaran Johan bagi pertandingan ini. Sorakan kemenangan oleh peserta turut memeriahkan program tersebut.
Johan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100.00, Naib Johan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM70.00, Tempat Ketiga dan Ketiga Bersama masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50.00 dan Saguhati Tempat Kelima hingga Ke Lapan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20.00.
Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Encik Sabari Bin Rashid, Penggawa Daerah Wakaf Bharu turut hadir menyaksikan pertandingan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
PASIR PUTEH, 30 Oktober 2023 – Hari ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Puteh telah menerima lawatan 'Singgah Ukhwah' daripada En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.
Lawatan beliau adalah bertujuan untuk menyantuni dan bertanya khabar perihal tugas dan kebajikan pegawai-pegawai. Beliau juga membincangkan pelaksanaan program-program Jabatan berkaitan Belia, Sukan dan Rakan Muda khususnya di Daerah Pasir Puteh.
Hasil perjumpaan pada hari ini banyak idea-idea bernas telah dilontarkan untuk menjadikan pejabat lebih kondusif serta memperkasakan belia-belia di Daerah Pasir Puteh. PBSD Pasir Puteh merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kelantan ke PBSD Pasir Puteh.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.