PASIR MAS, 2 NOVEMBER 2023 - Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Muda Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Pasir Mas (Siri 4) telah dilaksanakan pada 1 November 2023 (Rabu) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau Panjang Kelantan. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas bersama Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.
Seramai 56 orang peserta terdiri daripada Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial yang merupakan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan guru-guru Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan persekitaran kawasan sekolah.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

- JBS Kelantan
- Hits: 256