KOTA BHARU, 29 Oktober 2023 –Telah berlangsung Program Intervensi Sosial Dari Belia untuk Belia Peringkat Daerah Kota Bharu yang telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kenagsaan Ketereh. Program ini adalah kerjasama dengan Persatuan GEMA Cawangan Negeri Kelantan.
Program Intervensi Sosial Dari Belia untuk Belia merupakan program secara fizikal atau virtual dengan tumpuan pelaksanaan program advokasi/ kempen/pendidikan dan lain-lain yang bersesuaian yang memfokuskan kepada pelaksanaan program intervensi dalam usaha mengurangkan keterlibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial yang mensasarkan penglibatan dan penyertaan belia yang berumur 15 hingga 30 tahun. Objektif program ini adalah memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta berkaitan risiko terlibat dalam jenayah dan masalah social serta membimbing peserta untuk memantapkan sahsiah dan identiti diri
Seramai 166 orang peserta telah hadir ke program tersebut. Antara pengisian program adalah ceramah daripada Malaysians Against Pornography (MAP) yang telah disampaikan oleh Pn.Mariam binti Abdul Aziz, ceramah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Kota Bharu yang telah disampaikan oleh En. Mohd Firdaus bin Hanafi dan slot ceramah daripada Jabatan Penjara Negeri Kelantan yang telah disampaikan oleh Sjn Mejar Rozali bin Harun. Pameran daripada agensi-agensi seperti AADK dan MAP juga turut diadakan pada hari tersebut.
YBrs. Tn. Hj Nor Zamani bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh telah merasmikan perasmian penutup Program Interversi Sosial Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2023. Turut hadir dalam program tersebut ialah YBrs.Pn.Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu serta ahli jawatankuasa Persatuan GEMA Cawangan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 239
