PASIR PUTEH, 29 Oktober 2023 – Kejohahan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh Tahun 2023 telah berlangsung pada 02 September 2023 (Sabtu) bertempat di Futsal Bypass Pasir Puteh, Kelantan.
Sebanyak 24 pasukan telah menyertai Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh Tahun 2023. Pasukan Ekin Tomyam (A) telah menjuarai Kejohanan Futsal pada tahun ini manakala Naib Johan Pasukan Ekin Tomyam (B) dan tempat ketiga Pasukan Nara FT.
Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh YBrs. En. Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
- JBS Kelantan
- Hits: 148
