BACHOK, 22 Oktober 2023 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok Tahun 2023 telah berlangsung pada 14 Oktober 2023 bertempat di Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok.Program ini dapat menggalakkan masyarakat menerapkan amalan budaya hidup cergas, memberi impak yang positif dan membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan rakyat Malaysia.
Pelbagai aktiviti akan diadakan nanti seperti Fun Walk HSN 3km, Senamrobik Perdana, Sukaneka, Cabutan Bertuah, Pameran Agensi, Program Plogging @Community, Program Rakan Muda@Uji Minda,Acara Mari Mencuba Dam Ular Gergasi, Acara Mari Mencuba Penalty Shootout,Netball Shootout, Pemeriksaan Kesihatan Percuma,Jualan Komuniti dan pelbagai aktiviti lagi bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk turut bersama-sama memeriahkan HSN 2023 Peringkat Daerah Bachok.
Acara Perasmian telah disempunakan oleh YABrs. Haji Shamsul bin Abu Bakar,Ketua Jajahan Bachok dan turut dihadiri oleh , YBrs. En. Zulkarnaen bin Isa, Ketua Penolong Ketua Jajahan Bachok, YB. Hj. Zameri bin Mat Nawang, Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat, YB. Mohd Huzaimy bin Che Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Irama, Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bachok, Ketua-Ketua dan wakil Jabatan di Daerah Bachok.
Terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga kerja PBSD Bachok dan rakan strategik Ngo yang telah menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok Tahun 2023.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 145
