- JBS Kelantan
- Hits: 197
PROGRAM MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SIRI 1 PERINGKAT DAERAH TUMPAT
TUMPAT, 19 Oktober 2023 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mendedahkan sebanyak RM98 juta kerugian dicatatkan dalam tempoh enam bulan melibatkan kes kebakaran di negeri Kelantan pada tahun ini. Justeru itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah mengambil inisiatif mengadakan Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 1 Peringkat Daerah Tumpat dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tumpat pada 26 September 2023 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Laut.
Antara pengisian program ini adalah slot ceramah dari Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tumpat yang bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan kepada peserta menyelamatkan diri mereka jika berhadapan dengan kebakaran. Program ini dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Mohd Nazeli bin Mohd Nawi, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Laut.
Seterusnya ucapan perasmian program oleh Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Selesai ucapan perasmian, Encik Mohd Rafain bin Mat Zain, Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tumpat menyampaikan slot ceramah yang bertajuk “Pendidikan Bantuan Asas Kebakaran". Pengisian ceramah ini merangkumi kes-kes kebakaran dan pentingnya memiliki pengetahuan asas dalam mencegah kebakaran.
Para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk melihat jentera bomba dengan lebih dekat lagi. Semoga program ini dapat melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, prihatin dan saling bantu-membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 197
