Kelantan, 19 Oktober 2023 - Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) adalah untuk menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam sukan dan memastikan mereka kekal cergas dan sihat serta bersama-sama ke arah membudayakan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu juga Program Hari Sukan Negara merupakan antara agenda nasional yang merangkumi penglibatan dan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam membantu merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation) selaras dengan Visi Sukan Negara 2030.
Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2023 dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Penyelarasan HSN2023 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 8 Oktober 2023 (Ahad) di Bilik Mesyuarat KESEDAR Gua Musang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Hj. W Muhd Rahimi Bin Wan Salleh, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dan Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JSBNK.
Disediakan oleh : Urus setia Portal, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 152
