PASIR PUTEH, 22 OKTOBER 2023 – Program Plogging @ Community Peringkat Daerah Pasir Puteh telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Gua Bukit Jawa Selising Pasir Puteh. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dan Kelab Belia Kg. Selising Paisr Puteh.
Program di bawah Gaya Hidup Rakan Bumi ini adalah bertujuan untuk membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjogging/ berjalan/ berlari/ berbasikal/ jungle trekking/ mendaki bukit sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat serta menggalakkan amalan memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
Program ini bermula dengan acara senamcergas diikuti dengan aktviti utama iaitu mendaki bukit sambil mengutip sampah dan membersih laluan trek di sepanjang laluan mendaki. Peserta program terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh yang menyertai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), pelajar Pondok Belida Bukit Gedombak Pasir Puteh, ahli-ahli Kelab Belia Kg. Selising Pasir Puteh dan komuniti setempat.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 175
