KUALA KRAI, 19 Oktober 2023 – "Hari Sukan Negara atau lebih di kenali sebagai HSN merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia Madani dan Visi Sukan Negara 2030,” kata Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja HSN Peringkat Daerah Kuala Krai Tahun 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai.
Beliau berkata, antara objektif penganjuran HSN kali ini adalah memberikan kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas, meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan integrasi nasional. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya Fun Run, Fun Walk, Fun Ride, Aerobik Cergas, Mari Mencuba Dam Ular Gergasi, Congkak, Dart, Golf, serta pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah juga di diadakan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Wan Fahazil bin Mohamad Jaffar, Timbalan Ketua Jajahan Kuala Krai dan di hadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat serta NGO Belia dan Sukan.
Disediakan Oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 174
