BACHOK, 23 Oktober 2023 – Program Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Daerah Bachok Fasa 2 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) telah bermula pada 20 Oktober 2023 bertempat di Kolam Renang Permai Beach Resort, Bachok.
Objektif program ini ialah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat dan terutamaya melibatkan pembinaan keyakinan di dalam air (water confident). Salah satu kebaikan berenang atau senaman di air untuk kanak-kanak adalah boleh bergerak lebih bebas di air dan menggunakan pelbagai otot secara serentak dengan secara selamat.
Seramai 50 orang peserta telah terpilih pada sesi kali ini yang akan berlangsung sehingga 4 November 2023, setiap Jumaat dan Sabtu bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi.
Pada sesi pertama (1) ini, peserta telah didedahkan dengan beberapa teknik berenang iaitu bubble, tahan nafas, terapung dinamik dengan bantuan terapung serta sepakan bertakung dengan alat bantuan terapung.
Turut hadir pada program tersebut ialah En. Abdul Aziz bin Noor, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Pn. Zayuzi binti Wan Ahmad, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Turut hadir pada program tersebut ialah En. Abdul Aziz bin Noor, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Pn. Zayuzi binti Wan Ahmad, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 208
