KOTA BHARU, 31 Oktober 2023 – Kejohanan Silat Olahraga 1000 Liga Siri 1 Peringkat Daerah Kota Bharu anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Persatuan Silat Negeri Kelantan (PESAKA) telah diadakan di Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Telipot Kota Bharu.
Kejohanan Silat Olahraga ini bermula jam 8.00 pagi dengan melibatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada para belia di Daerah kota Bharu. Program 1000 liga ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Kejohanan Silat Olaharaga 1000 Liga Peringkat Daerah Kota Bharu ini melibatkan dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Kesungguhan peserta dalam mempamerkan aksi yang cukup hebat dan bertenaga untuk merebut gelaran Juara. Turut dipilih dalam acara silat 1000 liga pada kali ini adalah Pesilat Putera Terbaik dan Pesilat Puteri Terbaik.
Ybrs.Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dan En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah hadir menyaksikan pertandingan akhir Kejohanan Silat Olahraga 1000 Liga serta turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 164
