TUMPAT, 22 OKTOBER 2023 - Sambutan kemuncak Hari Sukan Negara (HSN) daerah Tumpat anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat disambut dengan meriah sekali dengan kehadiran seramai 2,110 orang menyertai aktiviti-aktiviti sukan pada 14 Oktober 2023 bertempat di Pantai Geting dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat. Pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur telah dirangka dan berjaya diadakan dengan keterlibatan semua lapisan masyarakat setempat bagi memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas.
Pelepasan bagi program ikonik HSN2023 iaitu Fun Ride, Fun Run dan Fun Walk telah berlangsung di Pantai Geting bermula jam 8.00 pagi melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah di sekitar daerah Tumpat. Kelibat empat ekor kuda yang menyertai Fun Walk turut memeriahkan program ikonik HSN2023 Tumpat ini.
Program diteruskan lagi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat dengan Demontrasi Seni Bela Diri, Senamrobik Wanita, Tree Climbing Expert Course, Pertandingan Memanah Tradisional, Petanque, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Penalti 3 On 3 dan Sepak Penalti.
Sempena HSN2023 ini juga turut diadakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun yang mendapat sambutan menggalakan iaitu dengan 15 penyertaan pasukan dari seluruh daerah negeri Kelantan. Majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Arifah Ilyana binti Abdul Rahman, Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat. Penyertaan keseluruhan bagi HSN2023 daerah Tumpat seramai 21,143 orang melibatkan aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta, NGO’S belia dan sukan, masyarakat setempat dan individu selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 Oktober 2023.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YABrs Ketua Jajahan selaku Pengerusi HSN2023 Tumpat, ketua-ketua jabatan yang hadir dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tumpat pada tahun ini. Semoga sambutan seperti ini menjadi pemangkin kepada revolusi orang muda dalam Sukan Untuk Semua.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 169
