- JBS Kelantan
- Hits: 135
MANEK URAI LAMA BAKAL BERGEGAR DI MAJLIS PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH KUALA KRAI
KUALA KRAI, 19 Oktober 2023 – Hari Sukan Negara bertujuan merealisasikan hasrat serta aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah hadir membuat tinjauan di Padang Awam Manek Urai Lama, Kuala Krai yang telah dipilih sebagai lokasi Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Krai 2023. Beliau juga berkesempatan bertemu muka dengan Encik Mustoffa bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama bagi membincangkan pelbagai jenis aktiviti sukan yang boleh disertai oleh pelajar sekolah bagi menyemarakkan lagi sambutan HSN Peringkat Daerah.
Turut hadir sama, Puan Safra Syazana binti Md Sanusi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Nurul Syifa binti Mohd Husni, Pembantu Belia dan Sukan (Sukan) dan Encik Mohd Helme Fiadhi bin Mohd Hairani, Pembantu Belia dan Sukan (Belia).

Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 135