TUMPAT, 18 Oktober 2023 - Pasukan Black Lion bertemu dengan Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Arab SMK (A) Falahiah membuka tirai Kejohanan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tumpat yang telah berlangsung pada 8 September bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.
Pasukan Dragon NC telah muncul sebagai Johan dengan menewaskan Pasukan Red Swan dengan jaringan 9 berbalas 2. Manakala tempat Ketiga telah dimenangi oleh pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Arab SMK (A) Falahiah. Johan telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 500.00, sijil beserta medal, Naib Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 300.00, sijil serta medal dan tempat Ketiga membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200.00, sijil serta medal.
Majlis penyapaian telah disempurnakan oleh Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 158
