Kelantan, 06 Ogos 2023 - Sukan Skuasy mempunyai potensi yang cerah untuk dijadikan sukan utama di negeri Kelantan kerana telah mampu mengharumkan nama negeri Kelantan dan Malaysia melalui penglibatan atlet-atlet senior Kelantan di peringkat tertinggi seperti kejayaan membawa pulang pingat Emas Acara Beregu Lelaki di Sukma 2022 MSN Kuala Lumpur. Ia meerupakan kejayaan yang sangat bermakna untuk skuasy negeri Kelantan dan kejayaan mereka boleh dijadikan "benchmark" oleh para atlet muda di negeri ini untuk terus berjuang mengharumkan nama negeri Kelantan dan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, satu Kejohanan Tertutup Skuasy Remaja Tertutup Kelantan 2023 telah diadakan pada 03-05 Ogos 2023 bertempat di Gelanggang Skuasy KGCC dan MSSK Kota Bharu, Kelantan. Antara kategori yang dipertandingkan di kejohanan ini ialah BU-9, GU-9, BU-11, GU - 11, BU-15, GU -15, BU - 19, GU - 19 yang melibatkan seramai 80 orang penyertaan dari seluruh Negeri Kelantan. Objektif kejohanan ini ialah untuk mendedahken atlet remaja Kelantan dengan pelbagai kejohanan dan sentiasa bersedia dan kompetitit serta memberi galakkan kepada atlet untuk bersama dalam meningkatkan prestasi permainan skuasy mereka.
Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakkan dann Pembangunan Sukan (I) telah mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah hadir untuk merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan ini. Turut hadir sama pada majlis penutup ini ialah Cik Nor Fadhilah Junkipili (Penolong Pengarah Sukan MSNK), Encik Wan Sazril Wan Zaid (Penaung Red Warriors Squash Club) dan Encik Shamsul Baharin bin Abdullah (Presiden RedWar).
Disediakan oleh : Urus Setia Portal, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 146
