- JBS Kelantan
- Hits: 143
KPTM DILANTIK SEBAGAI RAKAN STRATEGIK PENGANJURAN BERSAMA JELAJAH FITMALAYSIA KELANTAN 2023
Kelantan, 17 Oktober 2023 - Program Jelajah FitMalaysia Kelantan 2023 telah dilaksanakan pada 25-26 Ogos 2023 bertempat di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sehingga di peringkat akar umbi terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas.
Pelbagai aktiviti kecergasan akan diadakan pada hari berkenaan antaranya ialah pada 25 Ogos 2023 (Jumaat) bermula jam 9.00 Pagi berlangsung Klinik Push Bike dan pada malam tersebut turut diadakan Merdeka Night Run (5KM).
Pelbagai aktiviti kecergasan akan diadakan pada hari berkenaan antaranya ialah pada 25 Ogos 2023 (Jumaat) bermula jam 9.00 Pagi berlangsung Klinik Push Bike dan pada malam tersebut turut diadakan Merdeka Night Run (5KM).
Seterusnya pada 26 Ogos 2023 (Sabtu) aktiviti dimulakan seawal 7.00 Pagi iaitu Fun Ride ( 10/30KM), Fun Walk / Walk With Heroes, Sport Car Show Off, Fitness Fiesta (Senamrobik), Blind Penalty, Wheelchair Netball, Pertandingan Push Bike, Pertandingan 3 On 3 Bola Keranjang, Pertandingan Lompat Tali, Pertandingan Mobile Legend, Persembahan SMD, Pertandingan Tarian Singa, Crossfit Challenge, Pertandingan Awang Selamat, Pertandingan Timbang Bola, Pertandingan Seni Silat Tari dan Fit Race.
Sehubungan dengan itu, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK telah hadir ke Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu bagi penyelarasan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada program berkenaan.
Pada sesi ini, En. Mohd Zaki bin Ibrahim, Timbalan Pengarah KPTM Kota Bharu telah hadir bagi mewakili pihak pengurusan KPTM Kota Bharu dan beliau telah menyambut baik atas pelantikan sebagai rakan strategik ini. Beliau berharap dengan pelantikan, aktiviti-aktiviti yang akan diadakan berjalan dengan lancar dan meriah.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 143
