PASIR MAS, 1 Ogos 2023 – Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, Saudara Mohamad Raymie bin Razak bersama ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (PBSD PM) bagi tujuan kunjung hormat dan meyantuni kepimpinan baharu PBSD PM. Pada pertemuan kali pertama ini membincangkan hubungan usahasama dua hala Join Venture bagi program pembangunan belia dan sukan.
Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 dan mempunyai keahlian seramai lebih 50 orang anak muda yang bergiat aktif bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dalam pelaksanaan Program Belia, Sukan dan Rakan Muda. Kelab ini juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang tempoh 5 tahun penubuhannya.
Pada pertemuan kali ini turut membincangkan pelaksanaan Program Plogging @ Community Peringkat Daerah Pasir Mas yang akan dilaksanakan pada 6 September 2023 bertempat di Taman Rekreasi Tengku Anis, Pasir Mas. Perbincangan meliputi aspek pengisian program, perancangan tempat pelaksanaan dan aktiviti yang bersesuaian bagi program tersebut. Selain itu, pelbagai program lain turut dibincangkan antaranya berkaitan penyertaan Anugerah Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi tahun 2023. Diharapkan perbincangan kali ini dapat membuahkan hasil yang baik dalam meneruskan agenda pembangunan belia di Daerah Pasir Mas.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 182
