KELANTAN, 24 JULAI 2023 – Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) MGBK kali pertama pada 19 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Mesyuarat telah dihadiri oleh 37 orang perwakilan serta 11 orang pemerhati yang terdiri daripada badan beruniform.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) MGBK kali pertama tahun 2023 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan MGBK 2023 – 2025 yang baharu dan mengharapkan agar MGBK akan terus ditadbir dengan baik selaras dengan peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia serta perlembagaannya. Turut hadir, Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Encik Hasnul Haniff Bin Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.
Pelaksanaan MAT dan penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) merupakan salah satu penanda aras tadbir urus dalam sebuah pertubuhan belia. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengucapkan semoga MGBK akan sama-sama maju kehadapan dalam menyokong dasar dan aspirasi kerajaan untuk mencapai kecemerlangan pembangunan belia negara.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 281
