- JBS Kelantan
- Hits: 159
PROGRAM KLAS RENANG ( KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN RENANG ) DAERAH TANAH MERAH TELAH BERMULA
TANAH MERAH, 16 JULAI 2023 – Program KLAS Renang ( Kemahiran Asas Sukan Renang ) peringkat Daerah Tanah Merah telah bermula pada 14 Julai 2023 (Jumaat) dan 15 Julai 2023 (Sabtu) bertempat di Kolam Renang Impiana Utama Tanah Merah yang bermula pada pukul 05.00 Petang sehingga 06.00 Petang.
Program Klas Renang akan dilaksanakan selamat 6 sesi latihan yang dijangka akan berakhir pada 05 Ogos 2023 ( Sabtu ). Klas Renang ini telah melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada golongan B40 di bawah umur 12 tahun sekitar Daerah Tanah Merah.
Diharapkan dengan program Klas Renang ini akan menjadikan para peserta lebih mahir berenang dan mampu menyelamatkan diri jika berada di situasi air yang dalam ataupun banjir. Semoga para peserta akan mampu mengaplikasikan pembelajaran di setiap sesi untuk kehidupan seharian mereka.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 159
